Tiada salah laku dalam siasatan peruntukan Program Sejahtera Komuniti Madani

Tarikh: 17/03/2026
img

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu mengesahkan hasil siasatan berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) mendapati tiada sebarang salah laku membabitkan mana-mana pihak.

Sumber berkata, siasatan itu dijalankan selepas SPRM membuka kertas siasatan berkaitan perkara berkenaan pada tahun lalu.

Katanya, setakat ini hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesalahan yang dilakukan mana-mana pihak di bawah Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mahupun bukti dakwaan itu supaya tampil memberikan kerjasama.


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel