PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan seorang lagi individu berkaitan kes rasuah mempercepatkan permohonan taraf warganegara.
SPRM dalam kenyataannya, ketiga-tiga individu itu ditahan di Putrajaya antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang semalam.
"Operasi ini adalah lanjutan daripada Op Outlander yang baru-baru ini dijalankan SPRM.
"KDN memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam melaksanakan siasatan kes ini," kata kenyataan itu hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa beberapa individu dikaitkan dengan KDN ditahan SPRM di kediaman masing-masing semalam.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan identiti individu yang ditahan badan pencegah rasuah itu. Mengulas lanjut, SPRM berkata, ketiga-tiga individu itu kini sedang diambil keterangan untuk siasatan.