SPRM, penguat kuasa 14 negara dunia terbabit operasi LeakBase, geledah syarikat 'web hosting solutions'

Tarikh: 06/03/2026
img

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan pengehosan web iaitu kemudahan menyimpan dan mengendalikan laman sesawang supaya boleh diakses melalui internet berpangkalan di sini, menerusi operasi kebocoran data jenayah siber LeakBase pada Selasa lalu.

Operasi itu turut disertai agensi penguatkuasaan undang-undang dari 14 negara iaitu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), Agensi Jenayah Nasional (NCA) dari United Kingdom (UK), polis Kosovo, Scotland, Portugal, Australia, Jerman, Sepanyol, Belgium dan Poland.

Forum LeakBase yang aktif sejak 2021 dan berfungsi sebagai platform dalam talian untuk memperdagangkan data curi yang digunakan dalam aktiviti jenayah siber mempunyai lebih 142,000 ahli berdaftar serta lebih 215,000 mesej, dengan arkib pangkalan data yang digodam daripada pelbagai serangan siber berprofil tinggi.

SPRM berkata, pemeriksaan forensik siber mengesahkan, forum LeakBase beroperasi secara aktif melalui pelayan yang dihoskan di premis di ibu negara itu.

"Pada Selasa lalu, SPRM menyertai operasi antarabangsa bersama agensi penguatkuasaan utama dunia seperti FBI dan DOJ serta NCA UK.

"Dalam operasi di ibu negara itu, SPRM melakukan penyitaan bahan bukti digital dan penutupan domain forum berkenaan," katanya.

Berita lanjut menyusul

- Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel