"Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," katanya.
Ditanya sama ada bekas Perdana Menteri ke-9 akan dipanggil bagi membantu siasatan, Azam berkata SPRM akan memanggil sesiapa sahaja untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
"Siasatan sedang berjalan dan saya tidak dapat memastikan bila ia akan dapat dilengkapkan," katanya.
Sabtu lalu,l media melaporkan SPRM menahan empat bekas pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana disyaki terbabit rasuah.
Sumber SPRM memaklumkan, perintah reman terhadap empat individu itu dikeluarkan di Mahkamah Putrajaya oleh Majistret Irza Zulaikha pada Jumaat lalu.
Tiga daripada individu itu, termasuk bergelar Datuk dibebaskan selepas tempoh tahanan reman tiga hari mereka berakhir, kelmarin manakala seorang lagi sudah dibebaskan, Ahad lalu.
Selain itu, SPRM dilaporkan menyita wang tunai lebih RM100 juta yang disyaki ada kaitan dengan dana politik, dalam serbuan terhadap sebuah rumah milik bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri ke-9 berkenaan.
Sumber memberitahu New Straits Times (NST), wang itu ditemui dalam beberapa beg dan peti besi dalam bilik di kediaman itu.
Penyiasat SPRM turut merampas dokumen, barang kemas dan peranti elektronik ketika melakukan serbuan di kediaman terbabit.
Sumber BH Online