SPRM, MMU Bergabung Jayakan MSM X HARA Fun Run 2026

Tarikh: 18/11/2026
img

Cyberjaya, 17 November- Seramai 700 peserta larian yang terdiri daripada kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), warga Multimedia University Malaysia (MMU) kampus Melaka dan Cyberjaya, serta wakil mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi swasta sekitar Lembah Klang turut serta menjayakan MSM x HARA Fun Run 2026, semalam.

 

Bertemakan “Move Beyond | Against Corruption”. MMU Sports Mania 2026 × SPRM”, program larian ini membawa semangat kesukanan bersama mesej antirasuah sempena Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2026.

 

Objektif utama larian ini adalah bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, perpaduan dan semangat kesukanan, di samping meningkatkan kesedaran tentang rasuah serta memupuk budaya integriti, kejujuran dan akauntabiliti.

 

Sesi pendaftaran peserta bermula seawal 6.30 pagi bertempat di Dewan Tun Canselor Square, Multimedia University ini turut dihadiri President MMU, Prof. Dato' Ts. Dr. Mazliham Mohd Su'ud dengan sesi pelepasan larian disempurnakan bersama oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Azmi Kamaruzaman,

 

Dua pegawai SPRM, PKPs Ekasuzieana Shafri daripada Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) dan PPs Abdul Ghani Md Isa daripada Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) berjaya meraih lima peserta terpantas yang menamatkan larian bagi kategori lelaki dan perempuan.

 

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato' Azmi sementara sesi cabutan bertuah pula disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Zulfadzli Yusoff selaku Naib Presiden Pengalaman Pelajar dan Pembangunan Usahawan (MMU).



Sumber; Portal SPRM

MACC FM
My Anti-Corruption Channel