SPRM kesan Wong Pooi Ling bantu siasatan kes

Tarikh: 19/08/2026
img

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Wanita berkenaan, Wong Pooi Ling, 51, gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya sudah dilakukan di alamat terakhirnya di Taman Muhibbah, Seri Kembangan, dekat sini.

SPRM dalam kenyataan hari ini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu tampil memberikan maklumat.

SPRM hari ini juga mengedarkan foto wanita berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Penguasa Muhammad Mikael Abdullah di talian 012-3316521.

"Maklumat juga boleh disalurkan menerusi talian 03-5525600 di Pejabat SPRM Negeri Selangor atau e-mel gunashilen@sprm.gov.my," katanya.


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel