SPRM cari Hafiz

Tarikh: 08/07/2026
img

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi menghadiri prosiding kes di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Sibu, Sarawak.

SPRM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Mohd Hafiz Abdul Rahman, 44, yang beralamat terakhir di No 7, Tingkat 2, Flat Jambu, Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, 96000 Sibu, dikehendaki hadir ke mahkamah dari 13 hingga 15 Julai ini.

"Beliau dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Mohd Hafiz diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Jamal Ayub di talian 019-8553450 atau emel jamalayub@sprm.gov.my.


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel