KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes berasingan membabitkan prosiding mahkamah di Kuching, Sarawak dan Johor Bahru, Johor.
SPRM dalam kenyataan, ini memaklumkan, individu pertama ialah Jung Tsen Hee, 54, yang beralamat terakhir di Lorong Chawan 14, Jalan Chawan, Kuching, Sarawak.
Menurutnya, lelaki itu dikehendaki hadir bagi prosiding di Mahkamah Kuching, Sarawak pada 29 Jun hingga 1 Julai depan.
"Mohd Ridhuan Chee @ Chee Chun Sheong, 41, pula mempunyai alamat terakhir di Kampung Talang Batin, Parit, Perak.
"Dia dikehendaki hadir bagi prosiding di Mahkamah Jenayah Sesyen 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru, Johor pada 20 Mei ini," katanya.
Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Tsen Hee diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Nur Asyiqin Mohd Zahid di talian 012-6855902 atau emel nurasyiqin@sprm.gov.my.
Katanya, maklumat berkaitan Mohd Ridhuan pula boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, PPs Raja Mohd Firdaus Raja Semail di talian 011-35661995 atau emel firdaus.semail@sprm.gov.my.
Sumber : Berita Harian Online