SPRM akan rakam keterangan doktor rawat PM-9

Tarikh: 07/03/2025
img

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam keterangan doktor yang merawat Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sebelum ini sudah menangguhkan beberapa siri pengambilan keterangan atas faktor masalah kesihatan.

SPRM berkata, pihaknya mahu mengetahui status kesihatan sebenar Ahli Parlimen Bera itu.

Kata SPRM, keterangan pegawai perubatan itu akan diambil sebelum pihak SPRM dijadual bertemu dengan pemimpin itu pada Khamis depan.

"Tujuan SPRM merakam percakapan doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat.

"SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu selain untuk mengenal pasti penyakit yang dihadapi beliau ," katanya, di sini hari ini.

kami turut mendapat pengesahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Azam Baki yang kemudiannya mengesahkan perkara itu dan beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu dijangka akan diambil keterangan pada 13 Mac ini, sekiranya kesihatannya baik.

Terdahulu media melaporkan, Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM esok, tetapi beliau tidak akan berbuat kemudian kerana dikatakan masih tidak cergas untuk berbuat demikian.

Difahamkan, Ahli Parlimen Bera itu tidak akan hadir esok selepas kerana beliau masih diberikan sijil cuti sakit (MC) sehingga Rabu depan.

Ismail Sabri sebelum juga ini dijadualkan bertemu pegawai SPRM pada semalam, namun tidak berbuat demikian kerana dipercayai masih berdepan dengan masalah kesihatan.

Bekas Perdana Menteri itu sudah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat kira-kira lima sehari selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Beberapa hari kemudian, empat individu termasuk dua bekas pegawai kanannya ditahan SPRM untuk siasatan lanjut.

Ia kemudiannya membawa kepada serbuan di tiga premis dengan penemuan wang tunai pelbagai negara berjumlah RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominium yang didakwa sebagai 'safehouse'.

Azam dalam sidang media pada Isnin lalu turut mengesahkan Ismail Sabri bukan lagi saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, sebaliknya adalah seorang suspek dalam kes berkenaan.


Sumber My Metro

MACC FM
My Anti-Corruption Channel