KOTA KINABALU: Dua Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sabah bersama seorang ahli perniagaan yang dijangka didakwa berhubung kes rasuah membabitkan skandal perlombongan di negeri itu tiba di mahkamah Kota Kinabalu di sini pagi ini.
Ketiga-tiga mereka dijangka didakwa selewat-lewatnya jam 10 pagi.
Salah seorang daripada dua ADUN berkenaan ketika dihampiri media memaklumkan beliau akan membenarkan badan kehakiman membuktikan dirinya beliau tidak bersalah.