Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Nur Mahirah Mohd Fauzi, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hazwan Hamidun.
Sumber BH O.
KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana salah guna kuasa membabitkan pembekalan kad sim bernilai RM4,428.60.
Tertuduh, Shahrizal Ridzuan Ambak,48, turut berdepan tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Keputusan itu dibuat Hakim Mohd Azhar Othman selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan apabila membuat pembekalan kad sim kepada 117 pekerja baharu warga India berjumlah RM4,428.60
Tertuduh mempunyai kepentingan memandangkan ejen pembekalan kad sim itu adalah anaknya.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di Ladang Rakyat Terengganu, Cheneh, Kemaman antara Julai hingga September 2022 dan didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Nur Mahirah Mohd Fauzi, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hazwan Hamidun.
Sumber BH O.