Pengurus syarikat direman 7 hari terima rasuah RM38,000 daripada kontraktor

Tarikh: 05/08/2026
img

KOTA BHARU: Seorang pengurus projek sebuah syarikat pembinaan ditahan reman tujuh hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM38,000 daripada sebuah syarikat kontraktor.

Rasuah berkenaan dikatakan sebagai balasan untuk membantu mendapatkan projek bekalan air luar bandar di negeri ini secara rundingan terus daripada sebuah kementerian.

Perintah reman tujuh hari sehingga 10 Ogos terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid.

Menurut sumber, lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2022 dan dipercayai menerima wang rasuah secara tunai, selain melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya dan juga beberapa akaun pihak ketiga," katanya di sini, hari ini.

Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel