Ops Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya akan didakwa di mahkamah esok

Tarikh: 27/01/2025
img

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat konsesi lebuh raya antara dua individu akan didakwa berhubung kes rasuah membabitkan dua projek di Lembah Klang di mahkamah, di sini, esok.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menerima arahan untuk mendakwa dua individu berkenaan yang ditahan menerusi Op Lintas baru-baru ini.


"Pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Jenayah, Jalan Duta, di sini, pada 9 pagi esok.


"Pada masa sama, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat turut akan didakwa pada tempat dan waktu sama, di sini, esok, membabitkan Ops H2O," katanya.


Media sebelum ini melaporkan lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya direman selepas disyaki meminta serta menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.


Susulan itu, SPRM mereman COO syarikat konsesi terbabit kerana disyaki menerima rasuah membabitkan pembinaan projek lebuh raya di Lembah Klang.


Sumber: Berita HarianĀ 


MACC FM
My Anti-Corruption Channel