KP, Timbalan KP Alam Sekitar tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Tarikh: 30/01/2026
img

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya di sini, bagi pendengaran perintah reman, susulan penahanan mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan siasatan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste).

Kedua-dua pegawai kanan berpakaian lokap warna oren dan bergari itu tiba kira-kira jam 9 pagi diiringi pegawai SPRM.

BH semalam melaporkan kedua-dua mereka ditahan sekitar jam 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Difahamkan, siasatan SPRM kini menumpukan kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan penahanan kedua-dua suspek berkenaan.

Beliau berkata, kedua-dua mereka disiasat di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel