KP SPRM menghadap Sultan Ibrahim hari ini

Tarikh: 14/07/2026
img

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menerima menghadap Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Istana Negara.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pertemuan kira-kira setengah jam itu, baginda dimaklumkan mengenai perkembangan terkini berkaitan suruhanjaya berkenaan.

Abdul Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah SPRM yang baharu pada 13 Mei lalu bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki.

– BERNAMA

MACC FM
My Anti-Corruption Channel