Ketua cawangan jabatan kerajaan ditahan SPRM kerana salah guna kuasa

Tarikh: 09/04/2025
img

Gua Musang: Ketua cawangan sebuah jabatan kerajaan direman enam hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dengan mengesyorkan projek baik pulih fasiliti di sini bernilai kira-kira RM100,000.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.Lelaki berkenaan tiba di Mahkamah Gua Musang pada 9.35 pagi. Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lelaki itu pada 6 petang semalam di pejabatnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

MACC FM
My Anti-Corruption Channel