KUALA LUMPUR: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat pengisytiharan harta susulan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
SPRM berkata, arahan itu adalah mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024.
Kata SPRM juga, Ismail Sabri juga sudah melakukan pengisytiharan harta itu secara rasmi pada 10 Februari lalu.
"Untuk makluman, Ismail Sabri sudah hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan pada 19 Februari lalu.
"Namun, SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan selanjutnya," katanya.
sumber BH Online