Dua pengarah syarikat direman SPRM kes seleweng RM500,000

Tarikh: 01/06/2023
img

Shah Alam: Dua pengarah dan seorang pekerja syarikat swasta direman dua hari bermula hari ini, kerana disyaki memalsukan dokumen dan melakukan pecah amanah sehingga mengakibatkan kerugian dana syarikat berjumlah RM500,000.

 

Perintah reman sehingga esok itu dibenarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini.

 

Menurut sumber, dua lelaki dan seorang wanita berusia 40-an hingga 60-an itu ditahan di Shah Alam jam 5 petang hingga jam 9 malam semalam.

 

Sumber berkata, mereka disyaki memanipulasi dokumen dan turut membuat dokumen invois palsu sehingga menyebabkan syarikat terbabit mengalami kerugian dalam penjualan produk sarung tangan kepada sebuah syarikat pembeli.

 

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574).

 

 

Sumber: Harian Metro

MACC FM
My Anti-Corruption Channel