Datuk direman 5 hari kemuka dokumen palsu projek PPAM bernilai RM162 juta

Tarikh: 08/05/2025
img

KUALA LUMPUR: Seorang Datuk direman selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu dalam pelaksanaan Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM) bernilai RM162 juta di Perak.

BH difahamkan, lelaki berusia kira-kita 60 tahun itu dipercayai mengemukakan dokumen yang bernilai RM1.65 juta pada Mac lalu.

Dia ditahan kira-kira jam 5.15 petang, semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Sumber berkata suspek dipercayai melakukan perbuatan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu kepada bank bagi pengeluaran kira-kira RM1.6 juta iaitu kemudahan pembiayaan bernilai RM69 juta yang diberikan oleh bank untuk melaksanakan projek itu.

"Majistret Siti Roslizawati Mohd Zanin membenarkan perintah reman selama lima hari sehingga 11 Mei ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi," kata sumber, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu. Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


MACC FM
My Anti-Corruption Channel