Bekas penolong eksekutif kanan badan awam antara 3 ditahan kes seleweng dana RM800,000

Tarikh: 21/05/2026
img

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penolong eksekutif kanan sebuah badan awam ialah antara tiga individu ditahan kerana disyaki menyeleweng dana mencecah RM800,000.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang turut membabitkan seorang penjawat awam serta pemilik sebuah syarikat itu berusia dalam lingkungan 30-an.

Katanya, mereka ditahan ketika hadir untuk dirakam keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu antara jam 12.30 hingga 1 tengah hari kelmarin.

"Bagaimanapun, hanya dua daripada mereka ditahan reman, pagi tadi (semalam), kerana seorang lagi dibebaskan berikutan masalah kesihatan," katanya.

Menurut sumber itu lagi, kedua-dua suspek terbabit direman tujuh hari bermula semalam hingga 25 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati semua suspek terbabit disyaki bersubahat melakukan perbuatan berkenaan pada 2023 dan 2024.

Sementara itu Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Yazid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dilakukan bagi membantu proses siasatan.

MACC FM
My Anti-Corruption Channel