Bekas Pengerusi TH, Abdul Azeez Abdul Rahim tidak ditahan SPRM - Anak

Tarikh: 17/08/2026
img

KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi.

Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez menerusi satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan bapanya kini berada di kediaman mereka dan sedang berehat, sekali gus menyangkal laporan tidak sahih berhubung penahanan berkaitan isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

"Untuk mereka yang bertanyakan khabar saya ucapkan terima kasih banyak dan untuk makluman, ayah saya masih di rumah sedang berehat. Semoga segalanya dipermudah dan apa jua bentuk siasatan dijalankan dengan penuh integriti, adil dan telus," katanya.

Khabar angin mengenai penahanan Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) mula tersebar luas di beberapa platform media sosial, sejak lewat malam tadi.


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel