Bekas pembantu khas Ahli Parlimen antara 3 individu akan didakwa esok - SPRM

Tarikh: 11/05/2026
img

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang bekas pembantu khas Ahli Parlimen di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

SPRM dalam jemputan medianya memaklumkan lelaki berkenaan akan didakwa pada jam 8.30 pagi di mahkamah berkenaan.

Pada Mac tahun lalu, SPRM memaklumkan pihaknya menahan reman bekas pembantu khas Ahli Parlimen itu bagi membantu siasatan berhubung perolehan papan pintar oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada 14 November 2024.

SPRM turut memaklumkan seorang pakar pelaburan dan kewangan Islam bergelar Tan Sri antara dua pengarah syarikat yang dijangka turut didakwa di mahkamah sama, esok.

Lelaki bergelar Tan Sri itu dan seorang lagi individu akan didakwa pagi esok.

Pada Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang disyaki menipu wang pelabur membabitkan kerugian lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata, seorang wanita yang juga ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur turut ditahan bagi membantu siasatan kes sama.


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel