PUTRAJAYA: Seorang bekas menteri dibawa ke Mahkamah Putrajaya hari ini untuk permohonan reman bagi membatu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).
Suspek tiba pada jam 10.25 pagi dengan kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malysia (SPRM) memakai baju lokap berwarna warna jingga dalam keadaan tangnan bergari sambil diiringi pegawai SPRM.
Semalam media melaporkan, memetik TikTok rasmi SPRM, lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SRPM Putrajaya.
Individu yang juga bekas ahli Parlimen di utara tanahair itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, berkaitan isu pajakan hotel oleh TH di Arab Saudi.
Pada Khamis lalu, seorang ahli politik yang juga bekas Pengerusi TH dan seorang bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan ditahan reman oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membanntu siasatan berkait isu RCI TH.
Kedua-duanya ditahan selepas seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH direman bagi membantu siasatan sama.
Terdahulu, media melaporkan SPRM menahan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung laporan RCI itu.
Mereka terdiri daripada seorang bekas CEO syarikat perkapalan, seorang pengarah syarikat pembinaan, seorang bekas pengarah syarikat, serta empat bekas pengurusan kanan TH.
Sumber : Berita Harian Online