
Pengurus syarikat didenda RM50,000 tipu ejen Perkeso
SEBERANG PERAI – Seorang pengurus syarikat didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan menipu ejen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM150,000, dua tahun lalu.