Anak Daim hadir beri keterangan kepada SPRM

Tarikh: 06/04/2026
img

PUTRAJAYA: Anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi ini.

Asnida tiba dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) ditemani peguamnya pada jam 9.50 pagi.

Bagaimanapun, tiga lagi anak Allahyarham iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin belum tiba di Ibu Pejabat SPRM.

BH sebelum ini melaporkan Notis Kesan Individu dikeluarkan ke atas empat anak Allahyarham Daim susulan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi yang diserahkan SPRM berkaitan perisytiharan aset.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Menurut SPRM, notis itu dikeluarkan selepas tiada maklum balas diterima dan usaha menghubungi keempat-empat mereka tidak berjaya, setakat 26 Februari lalu.

SPRM dipetik berkata, pihak peguam sebelum ini memaklumkan bahawa anak guam mereka berada di luar negara dan mereka juga menghadapi masalah untuk berhubung.


Sumber: Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel