KUALA LUMPUR: Anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL) sebentar tadi bagi menghadapi tuduhan gagal mematuhi notis untuk mengisytiharkan harta.
Asnida yang memakai baju biru gelap dan penutup muka tiba pada jam 8.40 pagi dengan diiringi ahli keluarganya.
Beliau dijangka berdepan tuduhan
mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 pada jam 9 pagi.
Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 adalah berkaitan dengan kesalahan gagal mematuhi notis bertulis daripada SPRM untuk mengisytiharkan harta.
Individu yang gagal mematuhi notis itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000, jika sabit kesalahan.
Sumber : Berita Harian Online