Abdul Azeez, dua bekas pegawai TH direman 2 hari

Tarikh: 09/09/2026
img

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan dua bekas pegawai TH direman dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah TH.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Afiq Zuber, yang bertindak sebagai Majistret selepas permohonan dibuat pihak polis.

Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad, berkata Abdul Azeez dan dua individu lagi disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Hakim membenarkan ketiga-tiga individu direman dua hari sehingga esok," katanya.

Dalam prosiding itu, selain Abdul Azeez, turut direman seorang lelaki yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH dan seorang wanita yang juga bekas Ketua Pegawai Kewangan TH.

Sejurus prosiding reman itu, Abdul Azeez terus dibawa ke Mahkamah Sesyen berasingan untuk berdepan pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel