64 peratus responden anggap rasuah perkara normal di Malaysia

Tarikh: 18/11/2026
img

KUALA LUMPUR – Sebanyak 64 peratus responden menganggap rasuah sebagai sebahagian daripada kehidupan normal di Malaysia, namun masih berpandangan amalan itu sentiasa salah dan perlu ditolak.

Dapatan tersebut berdasarkan Kajian Persepsi Rasuah 2026, melibatkan 1,209 responden berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara.

Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia, UN Sustainable Development Solutions Network (SDSN), Profesor Wong Chin Huat berkata, kajian tersebut membuktikan amalan yang dianggap lazim berlaku dalam masyarakat tidak semestinya diterima sebagai perkara yang betul.

"Daripada 781 responden yang bersetuju atau sangat bersetuju bahawa rasuah merupakan perkara normal di Malaysia, 60 peratus daripadanya tetap percaya amalan itu sentiasa salah.

"12 peratus menganggap rasuah kadangkala diperlukan, manakala 28 peratus lagi berpandangan ia tidak dapat dielakkan.

"Ini menunjukkan bahawa walaupun mereka melihat rasuah sebagai sesuatu yang normal dalam kehidupan seharian, sebahagian besar masih menganggapnya sebagai perbuatan yang salah dan perlu dihapuskan," katanya ketika ditemui selepas pembentangan kajian tersebut di sini pada Rabu.

"12 peratus menganggap rasuah kadangkala diperlukan, manakala 28 peratus lagi berpandangan ia tidak dapat dielakkan.

"Ini menunjukkan bahawa walaupun mereka melihat rasuah sebagai sesuatu yang normal dalam kehidupan seharian, sebahagian besar masih menganggapnya sebagai perbuatan yang salah dan perlu dihapuskan," katanya ketika ditemui selepas pembentangan kajian tersebut di sini pada Rabu.

Selain itu, kumpulan berpendapatan isi rumah kurang RM2,000 pula mencatatkan 67 peratus, manakala golongan berusia 21 hingga 30 tahun merekodkan 73 peratus.

"Golongan berpendapatan rendah mungkin lebih terkesan dengan amalan rasuah, termasuk berdepan situasi diperas ugut untuk membayar wang tertentu.

"Kajian ini juga mendapati badan penguatkuasaan undang-undang seperti polis dan Kastam merupakan sektor yang paling tinggi dianggap korup dengan 48 peratus responden menyifatkannya sangat atau amat korup.

"Ia diikuti pemimpin politik dan parti politik (42 peratus), ahli Parlimen (36 peratus), pegawai kerajaan (34 peratus) serta pihak berkuasa tempatan (35 peratus)," ujarnya.

Mengulas lanjut Chin Huat berkata, persepsi negatif terhadap badan penguatkuasaan mungkin dipengaruhi pengalaman harian masyarakat ketika berurusan dengan agensi berkenaan.

Bagi sektor politik pula, persepsi tersebut berkait rapat dengan amalan politik yang banyak bergantung kepada wang serta pengaruh dalam pemberian kontrak kerajaan.

"Oleh sebab itu pelaksanaan Akta Pendanaan Politik amat penting dalam memberi penekanan terhadap ketelusan serta pembiayaan awam kepada parti politik bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penyumbang swasta.

"Selain itu pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya juga dapat mengelakkan konflik kepentingan, khususnya apabila pihak yang memegang kuasa kerajaan mempunyai pengaruh terhadap proses pendakwaan," tegasnya.


Sumber : Sinar Harian Online



MACC FM
My Anti-Corruption Channel